EU mahu jadi pemimpin revolusi teknologi baharu

EU mahu jadi pemimpin revolusi teknologi baharu

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) hari ini melancarkan rancangan untuk mengatur bidang kecerdasan buatan (AI) yang meluas, bertujuan menjadikan eropah sebagai pemimpin dalam revolusi teknologi baharu, sekali gus mengatasi isu pelanggaran oleh ‘big brother’.

“Sama ada ketepatan perladangan dalam pertanian, diagnosis perubatan lebih tepat atau AI pemanduan secara automatik yang selamat akan membuka dunia baharu bagi kita. Tetapi dunia ini juga memerlukan peraturan.

“Kami mahu laksana peraturan yang menempatkan individu tertentu di sana,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Suruhanjaya itu yang menjadi cabang eksekutif EU, sudah menyiapkan cadangan lebih setahun dan perbahasan membabitkan Parlimen Eropah serta 27 negara anggota akan berjalan selepas ini sebelum draf muktamad dikemukakan.

Peraturan itu adalah sebahagian usaha EU untuk menetapkan syarat-syarat mengenai AI dan mengejar Amerika Syarikat (AS) dan China dalam sektor yang merangkumi pengecaman suara hingga insurans dan penguatkuasaan undang-undang.

EU berusaha mengambil pengajaran selepas sebahagian besar negara anggotanya ketinggalan dalam revolusi internet dan gagal menghasilkan pesaing utama untuk menandingi AS atau China.

Draf peraturan itu, akan menetapkan larangan penggunaan yang sangat terbatas terhadap perkara mengancam hak asasi EU.

Ini akan membuat pengawasan ketat terhadap populasi di luar batas serta teknologi yang digunakan untuk memanipulasi tingkah laku, pendapat atau keputusan masyarakat.

Apa-apa yang menyerupai penilaian sosial individu berdasarkan tingkah laku atau keperibadian mereka juga dilarang, menurut draf itu.

Aplikasi AI ketenteraan tidak akan dilindungi oleh peraturan dan kebenaran khas dijangka diberi merangkumi aktiviti antikeganasan dan keselamatan awam.

Pencerobohan, bergantung pada tahap keseriusannya, boleh membawa denda kepada syarikat sehingga empat peratus dari perolehan global.

Untuk mempromosikan inovasi, Brussels mahu menyediakan kerangka undang-undang yang jelas untuk syarikat di 27 negara anggota blok itu.

Bagi tujuan ini, draf peraturan itu menyatakan syarikat akan memerlukan kebenaran khusus untuk aplikasi yang dianggap berisiko tinggi sebelum dipasarkan.

Sistem berisiko tinggi termasuk pengesahan biometrik individu di tempat awam serta elemen keselamatan dalam infrastruktur awam kritikal.

Kegunaan lain, yang tidak diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi, tidak mempunyai syarat peraturan tambahan.

Google dan gergasi teknologi lain memandang serius strategi AI EU berikutan eropah sering menetapkan standard bagaimana teknologi diatur di seluruh dunia.

Tahun lalu, Google memberi amaran bahawa definisi AI EU terlalu luas dan Brussels mengawal diri dari terlalu berlebihan mengatur teknologi penting.

Pengarah bersama badan pemikir Pusat Kawalselia di Eropah (CERRE), Alexandre de Streel, menyatakan wujud keseimbangan yang sukar dicapai antara perlindungan dan inovasi.

Pelobi teknologi dari Persatuan Industri Komputer dan Komunikasi, Christian Borggreen, menyambut baik pendekatan berasaskan risiko EU untuk mengatur AI.

“Ini akan menjadi pendekatan yang bijak dan strategik,” katanya. – AFP.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top