Eskayvie buka Pusat Edaran baharu di Kelantan

Eskayvie buka Pusat Edaran baharu di Kelantan

KUALA LUMPUR – Syarikat  makanan tambahan dan kecantikan yang berkualiti, Eskayvie terus mengorak langkah dalam dunia bisnes apabila mengumumkan pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah Urusan Eskayvie Kartika Wati Mohamed berkata, pihaknya komited melahirkan dan melatih 5, 000 usahawan baharu di negeri itu.

Menurutnya, lebih 1.9 juta penduduk Kelantan pula bakal mendapat manfaat mengenai kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie itu.

“Kami yakin dengan pembukaan pusat edaran ini akan memberi peluang kepada penduduk Kota Bharu mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan menjimatkan.

“Selain itu, pusat latihan yang lengkap turut disediakan bagi membantu usahawan tempatan yang berminat dalam bidang perniagaan.

“Program latihan dan bimbingan yang komprehensif juga disediakan untuk membantu setiap usahawan Eskayvie membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis pelancaran pusat edaran baharu utu turut dihadiri Duta Eskayvie, Datuk Aznil  Nawawi.

Sebelum ini, Eskayvie terus meluaskan jenamanya di luar Lembah Klang di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut berkongsi berkongsi pandangan mengenai keunikan rangkaian produk keluaran pihaknya.

“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

“Di antaranya adalah Eskayvie Mindtropic yang memfokuskan kepada kesihatan minda dengan bahan utama Phosphatidylserine untuk membantu anak belajar, menguatkan daya ingatan dan fokus dalam kelas. Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior pula mengandungi Cendawan Susu Harimau yang baik untuk kesihatan paru-paru dan sistem pertahanan tubuh,” katanya. – MalaysiaGazette