Team Drama Sangat telah mengumumkan keputusan undian eksklusif bagi menentukan watak yang berjaya mencuri perhatian penonton menerusi drama-drama terbitan TV3 sepanjang tahun 2024.
Watak Aminah, lakonan pelakon muda Erysha Emyra dalam drama Aku Bukan Ustazah, berjaya mendominasi carta dengan meraih 50 peratus undian.
Karakter yang dijayakan oleh Erysha dengan penuh emosi telah berjaya membuat penonton benar-benar terkesan dengan kisah watak Aminah dan akhirnya membekas di hati orang ramai.
Di tempat kedua, watak Ardini yang dijayakan oleh Siti Khadijah Halim menerusi drama Wanita Syurga, memperoleh 46 peratus undian.
Tempat ketiga diraih oleh Salina, lakonan aktres terkenal Ummi Nazeera, dalam Rindu Kasih 2 berjaya memperoleh 44 peratus undian.
Watak lelaki turut mencuri perhatian dengan karakter Jazlan, lakonan Fattah Amin dalam Lelaki Melayu Terakhir, menduduki tempat keempat dengan 38 peratus undian.
Sementara itu, watak Nuh yang dibawakan oleh bintang baharu Jazmy Juma dalam drama Nuh & Nayla meraih 33 peratus undian menjadikannya di kedudukan kelima.
Berikut adalah keputusan penuh Top 12 Watak Paling Diminati sepanjang 2024:
- AMINAH – Aku Bukan Ustazah – 50%
- ARDINI – Wanita Syurga – 46%
- SALINA – Rindu Kasih 2 – 44%
- JAZLAN – Lelaki Melayu Terakhir – 38%
- NUH – Nuh & Nayla – 33%
- USTAZ IQBAL – Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah – 28%
- JURAINI @ JOANNA – Salju Rindu Di Bumi Auckland – 13%
- KHAI – Lelaki Itu – 12%
- SAM – Seofis – 10%
- MARINA – Marina – 10%
- SALEHA – Perempuan Paling Merana – 9%
- EMILIA – Mentua – 9%
Tahniah kepada semua watak yang berjaya menawan hati penonton, dan terima kasih kepada semua peminat setia yang terus menyokong drama-drama TV3 dan Tonton!
Jangan lupa, strim drama kegemaran anda ini melalui laman web atau aplikasi Tonton!