Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Primadona Erra Fazira mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek, 50, seakan-akan memberikan ‘hint’ bahawa dia kini telahpun menemui teman pengganti apabila dia dilihat menitipkan ucapan ulang tahun istimewa beserta fotonya bersama individu lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, foto tersebut tidak mendedahkan wajah individu berkenaan.

“Selamat ulangtahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah SWT perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya.

Sedar dengan spekulasi yang timbul, pengurusnya iaitu Sharenda Abd Razak tampil memberikan respons mengenai isu tersebut.

“Kemain masing-masing tanya saya. Saya ada rupa macam Intan Zabidin ke yang tahu segala hal personal primadona?

“Kita tunggu saja hari bahagianya nanti. Doa yang baik-baik,” katanya.

Bagaimanapun, memetik laporan mStar, individu yang dikenali sebagai Ezwan Zain turut membuat satu hantaran penghargaan selepas aktres tersebut menemaninya makan malam pada Khamis.

“Terima kasih for the dinner treat awak! Happy new year dan salam Rejab,” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

Scroll to Top