Eropah tanggung kesan buruk sokong Ukraine

Eropah tanggung kesan buruk sokong Ukraine

Dmitry Medvedev

– Advertisement –

MOSCOW: Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev memberi amaran keras kepada Eropah mengenai kesan buruk dan harga tinggi yang perlu dibayar kerana menyokong Ukraine dalam konflik melibatkan negaranya.

“Washington mungkin menampung bantuan ketenteraan kepada Ukraine dengan mengambil kekayaan mineral dari tanah negara itu, manakala Eropah perlu membayar harga yang mahal kerana menyokong Kiev.

– Advertisement –

“Trump telah menjelaskan bagaimana Kiev akan membayar kepada Amerika Syarikat (AS) dengan unsur nadir bumi Ukraine. Bagaimana pula dengan Eropah? Mereka akan membayar dengan harga yang amat tinggi untuk mengembalikan semula negara gagal Ukraine.

“Rakyat Eropah, ucapkan terima kasih kepada pemimpin anda, Ursula (von der Leyen), (Emmanuel) Macron, (Olaf) Scholz, dan tokoh-tokoh menyedihkan yang lain!” katanya menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan hasrat Presiden AS, Donald Trump yang mahu mendapatkan unsur nadir bumi Ukraine sebagai balasan kepada bantuan yang diberikan negaranya dalam konflik Rusia-Ukraine.

“Kita telah melaburkan beratus bilion dolar. Mereka mempunyai nadir bumi yang hebat, dan saya mahukan jaminan terhadap nadir bumi itu,” katanya.

Ukraine memiliki sejumlah besar uranium, litium dan titanium. Namun, negara itu tidak dianggap sebagai antara lima negara teratas yang memiliki unsur nadir bumi itu daripada segi jumlah.

Pada 2024, Amerika Syarikat bergantung kepada China, Malaysia, Jepun dan Estonia untuk 80 peratus keperluan nadir buminya, menurut Kajian Geologi AS. – AGENSI

Scroll to Top