Enam ditemui mati dalam bilik hotel disyaki diracun

Enam ditemui mati dalam bilik hotel disyaki diracun

BANGKOK – Enam warga asing ditemui mati dalam sebuah bilik hotel mewah di tengah Bangkok, kata Perdana Menteri, Srettha Thavisin, dengan polis mengesyaki mangsa diracun.

“Tiada tanda-tanda berlaku pergelutan,” kata Srettha pada siding media di Hotel Hyatt Erawan di mana insiden tersebut berlaku.

“Kami perlu melakukan bedah siasat untuk melihat sama ada mereka memakan sesuatu,” katanya yang menafikan kematian tersebut mempunyai hubungan dengan kecurian dan melibatkan tembakan.

Perdana Menteri berkata, kesemua enam mangsa adalah warga Vietnam, dua daripadanya mempunyai dua kerakyatan iaitu Amerika Syarikat (AS).

Kes tersebut dilaporkan berlaku pada jam 4.30 petang semalam selepas para pekerja pembersihan menemui mayat apabila mahu melakukan tugasan di tingkat lima, kata polis.

Srettha tiba di lokasi kejadian sejurus selepas itu. Beliau berkata, adalah dipercayai terdapat seeorang lagi individu warga Vietnam yang terlibat dalam insiden tersebut.

Ketua Polis Metropolitan Bangkok, Bureau Thiti Sangsawang berkata, tetamu hotel itu gagal mendaftar keluar pada tengahari semalam.

Siasatan awal mendapati tiada bukti kecederaan berkaitan pergaduhan atau kecurian tetapi menjurus kesemua enam individu tersebut memakan bahan toksik, kata Thiti.

“Kitta perlu mengetahu motif,” kata beliau sambil menambah kematian tersebut bukannya disebabkan bunuh diri tetapi ‘membunuh’.

Terdahulu, seorang pegawai polis yang tidak mahu dikenali menafikan laporan siasatan awal mendapati keenam-enam mangsa dibunuh dalam insiden tembakan berkata, sisatan memberi tumpuan terhadap ‘hubungan dengan bahan toksik’.

Terdapat antara warga asing itu pertama kali tiba di negara itu, namun terdapat juga antara mereka yang merupakan pelawat berulang, tambah beliau. – AFP