Empat peringkat pemilihan bagi skuad hoki ais – MIHF

Empat peringkat pemilihan bagi skuad hoki ais – MIHF

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF) akan mengadakan empat peringkat pemilihan bagi mendapatkan pemain untuk mewakili negara ke Sukan Sea Thailand pada Disember 2025.

Presiden MIHF, Tengku Datuk Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, pihaknya kini dalam persiapan rapi untuk memastikan persediaan skuad negara lebih baik pada kejohanan dwitahunan itu.

Disebabkan itu, katanya, MIHF melihat mereka memerlukan sekurang-kurangnya sembilan hingga 10 bulan untuk membentuk sebuah pasukan yang melengkapi pelbagai aspek.

“Kira-kira 20 pemain akan disenaraikan termasuk dua penjaga gol, jadi mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan kriteria sangat tinggi.

“Kita sendiri tetapkan kriteria itu bersama jurulatih asing,” katanya.

MIHF akan menggunakan khidmat jurulatih dari Kanada, Martin Page dan Don Kerfoot yang akan memberikan fokus kepada latihan berintensiti tinggi membabitkan aspek fizikal dan mental.

Ketua jurulatih dari Jepun, Kazunori Miura pula akan membantu pasukan negara daripada segi taktikal serta strategi untuk tampil selaku pasukan pencabar utama dalam kejohanan itu nanti.

Untuk rekod, skuad negara meraih pingat gangsa pada Sukan Sea Kuala Lumpur pada edisi 2017.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top