Emma mungkin hilang tajaan RM50 juta

Emma mungkin hilang tajaan RM50 juta

London: Bintang tenis wanita Britain Emma Raducanu diberi amaran dia mungkin akan kehilangan jumlah penajaan yang besar.

Emma, 22, mula menjadi terkenal selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (A) pada 2021 dan dijangka meneruskan momentum seterusnya menduduki kelompok teratas dalam ranking wanita.

Dia mula menarik minat banyak penaja dan muncul atlet ketujuh wanita yang mendapat bayaran tertinggi pada 2024 walaupun kerap dilanda kecederaan.

Pada Oktober, dia menarik diri daripada Terbuka Hong Kong akibat kecederaan kaki.

Sportico mendakwa Emma mendapat bayaran £9 juta hasil penajaan daripada Porsche, Tiffany & Co., Dior, British Airways, Evian dan Vodafone.

Namun, pakar kewangan sukan Dr Rob Wilson percaya jika dia gagal memulihkan prestasi, penaja akan mula meninggalkan pemain itu.

Menurutnya kepada OLGB: “Jika dia terus gagal meraih kemenangan, dia pasti sukar untuk memperbaharui kontrak penajaan dan kariernya mungkin dalam bahaya. Jika terjadi, ia akan memalukan dirinya sendiri kerana Emma sangat berbakat.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top