Pelakon, Emma Maembong mendedahkan sisi peribadi bekas kekasihnya, pelawak dan pelakon Zizan Razak, yang dikatakan kuat merajuk tetapi tidak tahu memujuk.
Emma Maembong bongkar sikap Zizan Razak ketika bercinta
Menerusi satu video di TikTok Hijabista Hub, Emma secara berseloroh memberi nasihat kepada Zizan supaya tidak mudah merajuk kerana wanita juga bersikap sama.
Kepada Zizan Razak, jangan kuat merajuk. Sebab kalau awak dan pasangan awak kuat merajuk, siapa nak pujuk?
Emma turut berkongsi bahawa ketika mereka bercinta dahulu, dia yang terpaksa memujuk Zizan kerana pelawak itu tidak pandai mengambil hati.
Sebab itu tiada perempuan yang melekat, sebab dia buat tak tahu kalau perempuan merajuk.
Zizan akui masih tak pandai memujuk

Menariknya, Zizan sendiri mengakui perkara tersebut dan mengesahkan sehingga kini dia masih tidak tahu cara memujuk pasangan.
Ya, saya masih.
Sebelum ini, hubungan Emma dan Zizan pernah menjadi perhatian ramai, namun akhirnya mereka memilih haluan masing-masing.
#ApaKataOhmedia
Dalam hubungan, komunikasi dan tolak ansur sangat penting. Kalau asyik merajuk tanpa penyelesaian, hubungan boleh jadi makin renggang. Jadi, kalau nak bahagia, belajarlah memujuk dan memahami pasangan!
