DJ Kidd sekali lagi mengejutkan ramai apabila menggelarkan pelakon, Emma Maembong sebagai ‘isteri’ dalam satu video Instagram Story yang dimuat naiknya semalam.

Menurut laporan Kosmo, video itu turut memaparkan Emma sedang memeluk DJ Kidd ketika menaiki motosikal dan mereka berdua dipercayai sedang bercuti di luar negara.
DJ Kidd buat ‘hightlight’ khas bersama Emma Maembong

Lebih menarik, DJ Kidd turut mencipta ‘highlight’ khas dalam Instagram yang mengandungi koleksi momen-momen manis mereka berdua!
Emma masih berdiam diri

Walaupun DJ Kidd terbuka berkongsi hubungan mereka, Emma Maembong masih belum memuat naik sebarang hantaran berkaitan.
Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan bahawa Emma telah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Pasangan ini dikatakan pernah bercuti bersama di luar negara, namun tiada pengesahan rasmi mengenainya.
Untuk info, Emma dan Shazli mengumumkan perceraian pada 7 Oktober tahun lalu setelah sekian lama merahsiakan perkara itu. Mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
#ApaKataOhmedia
Setiap individu berhak memilih kebahagiaan sendiri. Apa pun keputusan Emma, semoga beliau terus bahagia bersama insan tersayang dan sentiasa diberi ketenangan dalam kehidupan.
