Sebelum ini, netizen kecoh dengan spekulasi mengatakan pelakon jelita Emma Maembong sudah bernikah dengan seorang lelaki dikenali sebagai DJ Kidd. Namun, Emma memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan.
Sebaliknya, penafian mengenai perkara ini hanya dibuat oleh adik Emma, pelakon Chacha Maembong, kepada media.
DJ Kidd sendiri ‘bocorkan’ petunjuk di Instagram?

Bagaimanapun, beberapa minggu ini, DJ Kidd dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa spekulasi ini benar. Menerusi beberapa hantaran Instagram Story, DJ Kidd dilihat berkongsi momen mesranya bersama Emma.
Lebih mengejutkan, DJ Kidd juga meletakkan video-video bersama Emma di bahagian ‘highlights’ Instagram, seolah-olah ingin mengabadikan detik-detik istimewa mereka.
“I will be the best husband for you…”- DJ Kidd.

Emma Maembong masih diamkan diri…
Biarpun DJ Kidd dilihat bebas berkongsi momen indah bersama, Emma pula langsung tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan DJ Kidd di Instagramnya setakat ini. Sikap berdiam diri Emma ini membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah benar mereka sudah bernikah atau sekadar gosip liar?
Untuk rekod, Emma sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang sebelum bercerai. Hasil perkongsian hidup, Emma dan Shazli dikurniakan dua orang anak lelaki.
#ApaKataOhmedia
Dalam dunia hiburan, spekulasi dan gosip memang tak dapat dielakkan. Tapi, sebelum percaya bulat-bulat atau buat sebarang spekulasi, lebih baik tunggu pengesahan daripada tuan badan sendiri. Jangan cepat buat andaian, takut nanti tersalah!
