Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf,  Buat Laporan Polis

Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf,  Buat Laporan Polis

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran Bard susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar nama Ellie menerusi video di TikTok.

Memetik Harian Metro, Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.

BACA: Imran Bard Dikecam, Didakwa Normalisasi Budaya Songsang

“Dia buat secara sengaja, bukan tak sengaja, bukan terbabas sehingga mendapat perhatian ramai. Saya menjadi bahan lawak jenaka dan kemusnahan sudah berlaku atas jenama, periuk nasi dan rezeki saya.

“Bila seseorang biadap, tak faham adab, saya nak bercakap dengan ibu bapa dia pasal adab. Kalau dia datang minta maaf tak ikhlas, bukan itu saya hargai. Saya mahu ibu bapa dia datang minta maaf dengan saya.

“Apa saja yang dia buat atas nama saya, demi Allah, saya tak izinkan, tak reda. Apa saja rezeki dia dapat guna nama saya untuk popular, dapat rezeki, tawaran, saya tak reda,” katanya.

@iimeringue

? original sound – Memerang – Memerang

Sementara itu, Ellie berkata dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang Ahad lalu dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tambah Ellie lagi, dia turut mempertimbang sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang termasuk failkan saman terhadap Imran berikutan video itu didakwa merosakkan reputasinya.

“Dia menyentuh pasal kesihatan mental. Ia diperbual dalam komen sehingga saya dituduh ambil barang terlarang. Saya bukan penagih dadah.

“Cuba cakap berapa nilai kalau saya nak saman pun dengan jenama dibina selama ini? Adakah nilai itu nanti akan memadai dengan reputasi saya yang sudah dihina dan kemusnahan berlaku?” katanya.

Dalam pada itu, Ellie berkata susulan video itu emosinya terganggung, malah anak-anaknya juga tidak ada motivasi untuk ke sekolah kerana terkesan dengan hantaran berkenaan.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top