Ellie Suriaty Tak Maafkan Imran Bard, Sedia Melawat Ibunya

Ellie Suriaty Tak Maafkan Imran Bard, Sedia Melawat Ibunya

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, menegaskan bahawa dia tidak menerima permohonan maaf daripada pempengaruh Imran Bard susulan video yang didakwa memfitnah dirinya.

Menurut Ellie, permohonan maaf yang dibuat oleh Imran dalam satu video kelihatan tidak ikhlas, malah dia lebih memilih untuk berjumpa dengan ibu bapa pempengaruh itu bagi menyelesaikan isu ini secara bersemuka.

Saya tak nampak keikhlasan langsung dalam video itu. Macam mana saya nak terima permohonan maafnya? Lebih baik saya jumpa ibu bapanya.- Katanya.

Dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Ellie secara terbuka menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa Imran atas tindakan anak mereka yang dikatakan telah menghina dan mengaibkannya dalam video tular di TikTok.

Ellie Suriaty sedia datang melawat ibu Imran di hospital…

imran bard

Sebagai respon, Imran menjelaskan bahawa ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf secara peribadi.

Namun, Ellie menyatakan bahawa dia bersedia untuk melawat ibu Imran di mana-mana hospital sebagai tanda simpati dan dalam masa yang sama berbincang mengenai kontroversi yang timbul.

Saya sedia dan terbuka untuk melawat ibunya di hospital mana atau negeri mana pun ditempatkan. Saya mahu ambil peluang untuk bercakap dengannya sendiri mengenai perkara ini agar dia berlapang dada.- Tambahnya.

Sejak sidang media tersebut berlangsung, Ellie turut meluahkan rasa kecewa apabila ramai netizen mengecam dan membuli dirinya secara siber.

Ramai pertahankan Imran tapi dia sendiri akui sebut nama Ellie Suriaty dengan niat…

ellie

Menurutnya, walaupun Imran mengakui menyebut namanya dalam video tersebut, masih ramai yang mempertahankan pempengaruh itu dengan mengatakan ia hanya sekadar parodi.

Rancak saya dimaki hamun dengan pelbagai tohmahan yang sudah sampai tahap buli siber. Orang cakap saya patut tenang padahal pempengaruh itu sendiri mengakui memetik nama saya dalam kandungan TikTok itu.

Cuba bayangkan kalau ibu bapa kamu diperkatakan begitu? Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksudnya. Lebih teruk, hantaran itu sudah mencecah lebih dua juta tontonan.- Tegasnya.

#ApaKataOhmedia

Sebagai pengguna media sosial, kita perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam setiap kandungan yang dikongsi.

Walaupun niat asal sekadar hiburan, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu yang terlibat. Hormatilah hak orang lain dan elakkan penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan salah faham atau fitnah.


Scroll to Top