Ellie Suriaty Setuju Untuk Bertemu Imran Bard

Ellie Suriaty Setuju Untuk Bertemu Imran Bard

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan pempengaruh, Imran Bard dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka.

Menurut Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 54, pertemuan itu akan diadakan sebaik sahaja Imran pulang ke Kuala Lumpur, memandangkan dia kini masih berada di kampung halamannya di Kluang, Johor.

Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa namun sekarang dia masih berada di kampung. Insya-Allah perjumpaan kami akan diadakan sekembalinya dia ke Kuala Lumpur nanti.- Kongsinya di Instagram.

Namun, Ellie menegaskan bahawa pertemuan itu bukan jaminan bahawa dia akan menarik balik saman terhadap Imran.

Ellie mahu niat Imran jelas, saman mungkin diteruskan…

imran bard

Sebaliknya, ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf daripada pempengaruh tersebut.

Ingin saya tegaskan sesi pertemuan ini akan menjadi penentu sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya. Ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf Imran terhadap saya.- Jelasnya.

Terdahulu, Ellie meluahkan rasa tidak puas hati terhadap salah satu kandungan video TikTok yang dihasilkan oleh Imran, yang menurutnya telah mencemarkan namanya.

#ApaKataOhmedia

Sebagai pempengaruh media sosial, setiap individu perlu lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan agar tidak menyinggung atau mencemarkan reputasi orang lain. Walaupun media sosial adalah platform bebas, tanggungjawab dalam menyampaikan sesuatu maklumat perlu diutamakan. Mungkin satu video boleh viral, tetapi kesannya boleh membawa masalah besar jika tidak dikawal dengan baik.


Scroll to Top