Sydney: Pemain nombor enam dunia, Elena Rybakina, berkata bekas jurulatihnya Stefano Vukov ‘tidak pernah menganiaya saya’ selepas dia digantung sementara oleh WTA sementara siasatan terhadap kelakuannya terhadap pemain itu sedang berjalan.
Pada awal minggu ini, juara Wimbledon 2022 berusia 25 tahun dari Kazakhstan itu berkata Vukov, yang juga sebahagian daripada pasukannya ketika dia memenangi gelaran itu, akan menyertai semula pasukannya.
Namun, WTA memberitahu BBC Sport bahawa jurulatih berusia 37 tahun dari Croatia itu kini digantung selepas didakwa melanggar Kod Etika WTA.
Vukov, mula melatih Elena ketika dia masih remaja, menafikan sebarang dakwaan ke atas jurulatihnya itu.
“Saya hanya boleh katakan dan saya sudah katakan sebelum ini, bahawa dia tidak pernah menganiaya saya, tidak pernah ada apa-apa seperti itu.
“Stefano menyertai semula pasukan kerana saya mengenali beliau selama enam tahun dan ada banyak perkara yang boleh kami lakukan di luar gelanggang juga,” kata Elena selepas kekalahan Kazakhstan kepada Poland dalam separuh akhir Piala Dunia United di Sydney pada hari semalam.
Beliau menambah: “Sudah tentu saya tidak gembira dengan situasi ini. Saya tidak gembira dengan komen yang saya lihat, terutamanya daripada orang-orang yang berada dalam jelajah ini.
“Ia adalah jurulatih aktif, pengulas. Saya rasa itu tidak adil,”
Tidak jelas sama ada Elena sendiri, atau orang lain, yang membuat aduan terhadap Vukov yang menyebabkan siasatan terpaksa dilakukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd