Elak Jadi Mangsa Fesyen, 5 Perkara Ini Perlu Hijabi Lakukan Setiap Hari – Hijabista

Elak Jadi Mangsa Fesyen, 5 Perkara Ini Perlu Hijabi Lakukan Setiap Hari – Hijabista

Bukan mudah untuk bergelar hijabi stylish. Namun, ianya juga tidak mustahil kerana dunia fesyen kini sudah menjadi global trend. Asalkan tidak menjadi mangsa fesyen. Sebab itulah pentingnya untuk hijabi lakukan 5 perkara ini setiap hari.

Kredit Foto: pexels

Berikut 5 perkara yang perlu hijabi lakukan setiap hari untuk elak jadi mangsa fesyen: –

Buat Suai Padan

Kita mungkin tiada masa untuk melakukannya setiap hari. Ambil sedikit masa pada hujung minggu untuk lihat busana yang anda miliki. Mix and match adalah kunci yang baik untuk menjadi stylish.

Pilih Pakaian Yang Sesuai

Kenal pasti bentuk tubuh badan anda. Bukanlah untuk memakai busana yang menjolok mata, tetapi untuk mencari yang sesuai untuk compliment strature badan anda.

Mereka yang berbadan plus size sama sekali tidak sesuai bergaya seperti mereka yang slim. Begitu juga sebaliknya. It’s not stylish!

Kredit Foto: pexels

Bergaya Ikut Acara 

Jangan berbusana kasual apabila menghadiri majlis formal. Begitu juga sebaliknya. Pastikan dress code majlis yang anda perlu hadiri dan analisa busana yang anda miliki.

Ini akan menyelamatkan anda dari embarassment.

Jangan Jadi Mangsa Fesyen

Trend bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika anda jadi hamba trend, ia tidak akan berkesudahan. Cari style anda yang tersendiri dan sesuaikan dengan trend terkini tanpa mengorbankan style anda.

Kredit Foto: pexels

Rancang Padanan Pakaian Lebih Awal

Plans make the world go around. Pilih busana yang anda perlu pakai esok, hari ini. Ini membenarkan anda berfikir, menukar dan menggayakannya dengan baik.

Walaupun spur of the moment itu kadangkala magic, tetapi ia tidaklah berlaku selalu.

Jika mahu menjadi hijabi stylish, pastikan juga akhlak kita juga stylo ok? Selamat bergaya!

BACA JUGA: 5 Trik Fesyen Denim Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool

The post Elak Jadi Mangsa Fesyen, 5 Perkara Ini Perlu Hijabi Lakukan Setiap Hari appeared first on Hijabista.