Elak cinta lokasi, Bella Astillah tak pernah keluar berdua & mesej pelakon lelaki luar waktu kerja

Elak cinta lokasi, Bella Astillah tak pernah keluar berdua & mesej pelakon lelaki luar waktu kerja

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tak pernah keluar berdua atau mesej aktor lain melainkan perkara berkaitan kerja sahaja.

Ujarnya, ini bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah dan mengelakkan dirinya terjebak dengan cinta lokasi ketika menjalani penggambaran.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, sebagai permulaan, dia tidak akan menggunakan panggilan mesra dengan aktor yang digandingkan dengannya di luar waktu kerja.

Aktres berusia 30 tahun itu berkata, ia adalah amalan yang dilakukan ketika menjayakan drama rantaian bersama pelakon Ezaidi Aziz dan Shahidan Izwan berjudul Satu Hari Nanti.

Bella Astillah tak pernah keluar berdua

Jelas Bella, seseorang pelakon haruslah mempunyai perasaan hormat terhadap rakan selebriti lain apabila berada di set penggambaran terutama penjagaan batas antara lelaki dan perempuan.

“Sewaktu menjalani penggambaran drama ini, saya rasa seperti sudah kerap kali berlakon dengan Ezaidi dan kami sudah mula berkomunikasi seperti rakan dengan membahasakan diri ‘kau aku’.
“Saya tidak nafikan semakin lama di set penggambaran wujud bonding (ikatan) di antara kami. Jadi macam mana nak elakkan wujud perasaan, kita mulakan dengan panggilan,” katanya.

Bakal bergandingan dengan Ezaidi sebagai watak utama dalam drama Satu Hari Nanti, Bella memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama.

Mereka juga bersikap profesional dan tidak pernah berhubung selepas habis waktu bekerja.

“Saya dan Ezaidi sudah saling mengenali, kami tidak mempunyai masalah untuk berlakon sama.
“Apa-apa sahaja keperluan biar dibincang di tempat bekerja (lokasi penggambaran) sahaja. Di luar, kalau nak keluar berjalan-jalan bersama memang tidak pernah. Alhamdulillah,”ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Artikel lain: Kongsi video bersama wanita, netizen dakwa Muaz Zabir buat trend dengan Bella Astillah

Akui Bella, dia sememangnya takut dan bimbang akan jatuh cinta dengan pasangan gandingan, namun perasaan itu perlu dikawal.

Dalam pada itu, Bella memuji sikap pelakon meningkat naik, Ezaidi yang dianggap seperti keluarga sendiri.

Sumber: mStar Online (Ain Norman)