Di zaman ini, penggunaan aplikasi menyunting gambar seakan menjadi satu ‘trend’ di kalangan pengguna telefon pintar di seluruh dunia.
Tambahan lagi, pelbagai jenis ciri disediakan seperti mengubah bentuk muka menjadi lebih berisi hinggalah menghilangkan rambut supaya nampak ‘botak’.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini penyanyi Ismail Izzani turut terikut dengan ‘trend’ baru tersebut di mana dia telah menyunting gambarnya dengan menambah jambang pada wajahnya sehingga kelihatan matang seperti ‘bapa orang’.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Demi Kita itu juga menulis kapsyen menggelar dirinya sebagai seorang Datuk Seri.
“Dato’ Sri Zubhan, 32 tahun, 15 anak, 3 isteri. PM tepi #CONTACT,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun begitu, apa yang mencuri perhatian adalah apabila penyanyi berusia 21 tahun itu turut menulis bilangan anak serta isteri yang dimiliki sebagai seorang ‘Datuk Seri’ iaitu seramai 3 isteri dan 15 orang anak.
Eh, sejak bila pula Ismail dah kahwin!?
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gambar yang dikongsikan oleh pemilik nama Ismail Izzani Zainal Nazeri terbabit.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan wajahnya masih kelihatan ‘jambu’ walaupun dipenuhi jambang.
Ramai tahu bahawa Ismail masih belum berkahwin, jadi tujuan ‘posting’ tersebut hanyalah sebagai gurauan. Bagaimanapun, ramai terkejut melihat wajahnya berjambang buat kali pertama.
Sumber: Instagram Ismail Izzani