
Kerajaan Ecuador pada Selasa mengisytiharkan darurat di lapan wilayah yang dilanda hujan lebat sepanjang musim hujan ini. Foto AFP
QUITO – Kerajaan Ecuador pada Selasa mengisytiharkan darurat di lapan wilayah yang dilanda hujan lebat sepanjang musim hujan ini, menurut Pejabat Presiden, lapor Xinhua.
Wilayah yang terjejas termasuk kawasan pantai dan selatan negara itu, menurut kenyataan berkenaan.
Pengisytiharan darurat itu akan membolehkan sokongan logistik daripada Kementerian Pertahanan serta menggerakkan semua peringkat kerajaan di kawasan kritikal, selain pelaksanaan langkah segera lain.
“Keutamaan adalah melindungi nyawa rakyat, memastikan perkhidmatan asas tidak terjejas dan memberikan bantuan kepada komuniti yang berdepan banjir,” menurut kenyataan Pejabat Presiden.
Setakat ini, 23 daripada 24 wilayah di negara itu telah dilanda hujan lebat sejak Januari, mengakibatkan tanah runtuh, banjir dan kerosakan struktur. Bencana ini telah meragut sembilan nyawa, merosakkan 4,232 kediaman serta menjejaskan 14,829 penduduk, menurut statistik terkini.
Institut Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan melaporkan hujan dijangka berterusan hingga Khamis dengan cuaca ekstrem lebih buruk diramal di kawasan pantai. – Bernama-Xinhua