ecoBrown's tawar 38 hadiah istimewa daripada Xiumin

ecoBrown's tawar 38 hadiah istimewa daripada Xiumin

JENAMA beras sihat terkemuka, ecoBrown’s sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar beras sihat di Malaysia.

Jenama ini cukup terkenal dengan pilihan beras sihat seperti beras herba, beras parboil, beras basmati organik, beras merah, beras hitam, beras berry serta beras perang.

Terbaharu, ecoBrown’s memperkenalkan snek sihat terbarunya, ecoBrown’s Brice melalui satu siri jelajah yang bakal memukau penggemar snek sihat di seluruh Malaysia.

ecoBrown's tawar 38 hadiah istimewa daripada Xiumin

Dengan dua pilihan perisa iaitu Spicy Cheese dan Seaweed, ecoBrown’s Brice bukan sahaja menawarkan snek yang lazat tetapi juga dihasilkan daripada beras berkualiti premium dengan bahan-bahan terpilih.

ecoBrown’s Brice diyakini mampu memberikan kepuasan buat mereka yang menggemari snek ringan sambil mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Bawa penyanyi Korea terkenal

Permulaan kepada jelajah ini berlangsung di kompleks beli-belah One Utama pada 14 hingga 18 Ogos 2024 dengan menampilkan artis Korea terkenal, Xiumin, yang membuat penampilan istimewa pada 18 Ogos.

Ia justeru memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu dan berinteraksi secara terus dengan Xiumin menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti sesi beramah mesra dan juga ‘Xiumin Board’.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti B Sea-nsation Escaper, B Cheezy Explorer dan B Self-tographer bagi memenangi barangan eksklusif melalui permainan mesin Gatcha.

Jelajah ecoBrown’s Brice ini akan diteruskan ke IOI City Mall pada 28 Ogos hingga 1 September, Gurney Plaza Pulau Pinang pada 2 hingga 6 Oktober, dan lain-lain. 

Ikuti Instagram dan Facebook ecoBrown’s untuk maklumat terkini.  

Menangi hadiah istimewa

Bermula 19 Ogos hingga 19 September 2024 ini juga, ecoBrown’s turut menawarkan 38 hadiah istimewa berupa bantal Brice dengan tandatangan eksklusif daripada Xiumin.

Ikuti langkah dibawah bagi melayakkan diri memenangi hadiah istimewa ini:

  • Beli sebarang produk Brice (tanpa had) dari mana-mana pasaraya di seluruh Malaysia sepanjang tempoh peraduan.
  • Komen pada hantaran peraduan yang terdapat di laman sosial ecoBrown’s dengan jumlah pek Brice yang dibeli seperti ‘#BriceXiuminPillow x 10 pek 100’.
  • Hantarkan bukti pembelian ke pautan ini.

Senarai bagi 38 pemenang akan diumumkan pada 25 September 2024 di laman sesawang ecoBrown’s Malaysia.

Jangan ketinggalan memenangi hadiah eksklusif ini dan nikmati snek penuh khasiat ecoBrown’s Brice.

Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah ecoBrown’s Brice, layari laman sesawang rasmi dan media sosial ecoBrown’s sekarang.

© New Straits Times Press (M) Bhd