Pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi keadaan terkini pelakon veteran, Halimaton Saadiah Mohd Daud atau Mak Wan Latah yang mengejutkan.
Dalam video berkenaan, kelihatan Mak Wan sukar untuk berdiri disebabkan keadaan lututnya yang sakit. Malah, beliau juga dilihat sedikit membongkok ketika berjalan dan perlu memegang sesuatu.
Keadaan terkini Mak Wan Latah mengejutkan
Menurut Ebit, sebelum ini Mak Wan pernah dibawa untuk menunaikan umrah bersamanya. Mak Wan meluahkan kerinduan mendalam untuk kembali ke Tanah Suci dan meminta jika ada sebarang peluang kerja, agar diberikan kepadanya.
Mak Wan kata jika ada job apa-apa ustaz boleh bagi kat Mak Wan. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya Allah sayang Mak Wan.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan keprihatinan Ebit Lew serta mendoakan kesejahteraan buat Mak Wan.

Siannya, tak salah saya dulu dia banyak je job berlakon. Tapi disebabkn kontroversi masa tahun 2022, terus hilang job. Semoga ada yang dapat tolong Mak Wan. – Netizen
Malah, ada juga yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pelakon tersebut. Menurut mereka, Mak Wan merupakan seorang pelakon berbakat namun disebabkan kontroversi pada tahun 2022, beliau tidak lagi muncul di kaca TV.
BACA: Terpalit Kontroversi Hingga Tiada Tawaran Berlakon, Mak Wan Latah Alami Kesempitan Hidup
#ApaKataOhmedia
Sebenarnya ramai pelakon veteran menerima nasib yang sama macam Mak Wan. Bila makin berusia, tawaran kerja pun semakin kurang. Semoga Mak Wan diberikan kesembuhan dan murah rezeki selalu.
