‘Dunia bola sepak hilang sebutir permata’

‘Dunia bola sepak hilang sebutir permata’

Ahli keluarga dan sahabat handai memenuhi kediaman arwah Mohd Azraai di Alor Semadom, di sini, pada Khamis.

ALOR SETAR – Negara kehilangan sebutir permata dalam arena bola sepak apabila legenda ‘double treble’ Mohd Azraai Khor Abdullah disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar, di sini, pada Khamis.

Salah seorang anak didiknya, Raja Shahrul Amri Raja Azhar, 47, berkata, pemergian Mohd Azraai,71, yang dikenalinya sejak hampir 10 tahun lepas amat memberi kesan kepada dirinya.

Menurutnya, Mohd Azraai bukan hanya seorang jurulatih, malah telah dianggap seperti bapanya sendiri apabila beliau bertanggungjawab mengembang kariernya sebagai jurulatih profesional.

“Bagi saya amat terkejut dan terasa amat kehilangan beliau.Dia umpama bapa saya, sifu saya dan mentor saya.