Dunbar juara buat kali kedua, Roglic semakin hampir julang trofi Vuelta

Dunbar juara buat kali kedua, Roglic semakin hampir julang trofi Vuelta

Villarcayo: Eddie Dunbar berjaya meraih kemenangan buat kali kedua di Vuelta a Espana dengan menahan asakan pencabarnya semasa pendakian ke Picon Blanco sebentar tadi.

Primoz Roglic menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, mengukuhkan cengkamannya di tempat pertama keseluruhan dengan hanya berbaki satu lagi perlumbaan iaitu ujian masa individu esok.

Pelumba berusia 28 tahun dari Ireland itu meraih kemenangan perlumbaan Grand Tour pertamanya sembilan hari lalu.

“Situasi seperti ini tidak selalu datang,” kata Dunbar selepas melepasi garisan penamat.

“Saya meraih dua kemenangan dalam dua minggu. Saya tidak sabar untuk berkongsi dan merayakan detik-detik indah ini bersama rakan dan keluarga.”

Enric Mas dari Sepanyol mengejar Dunbar hingga ke garisan penamat, ketinggalan tujuh saat (s) selepas perlumbaan sejauh 172 kilometer (km) dari Villarcayo.

Roglic dari Slovenia berada 3 (s) di belakang Mas.

© New Straits Times Press (M) Bhd