bhnews@bh.com.my
KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) akan diadakan selepas mendapat arahan daripada kepimpinan negeri.
Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali, berkata kerajaan akan mengadakan persidangan DUN selepas meneliti perkembangan sidang Parlimen.
“Buat masa sekarang, kita tengok dahulu perkembangan persidangan Parlimen dan menunggu arahan selanjutnya daripada kepimpinan negeri,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Persidangan DUN kali terakhir membabitkan pembentangan Bajet 2021 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar November lalu.
Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen wajar segera bersidang, manakala Raja-Raja Melayu juga berpendirian seperti Yang di-Pertuan Agong.
© New Straits Times Press (M) Bhd