“Dulu Lady Gaga Pun Disangka Tak Waras, Akhirnya Gah Diseluruh Dunia”

“Dulu Lady Gaga Pun Disangka Tak Waras, Akhirnya Gah Diseluruh Dunia”

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim menasihatkan kepada penyanyi muda agar lebih bekerja keras untuk pastikan nama terus kekal relevan serta tidak tenggelam dengan hanya satu dua lagu sahaja.

Memetik Kosmo, Khadijah berkata antara bakat besar yang dikaguminya adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan, Nadeera Zaini dan Hael Husaini.

BACA: Seminggu Tak Keluar Rumah, Aina Abdul Terguris Ada Bersorak Bila Tak Menang AJL39

“Artis muda seperti mereka perlu bekerja lebih keras lagi dan saya berharap tidak sekadar datang kemudian hilang begitu sahaja.

“Walaupun tak berkesempatan menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 baru-baru ini, saya sempat mengikuti perkembangan dalam media sosial. Saya kagum dengan pelapis muda yang berbakat,” katanya.

Sementara itu, Khadijah turut menitipkan nasihat buat Aina Abdul yang baru-baru ini mengakui tertekan apabila dikecam netizen selepas berakhirnya AJL39.

Malah, Khadijah berkata tampil dengan imej pelik bukan satu perkara yang perlu jadikan isu besar kerana itu adalah ianga cara Aina untuk ‘memasarkan’ dirinya.

“Aina keluar sahaja boleh menyanyi, sedangkan Madonna tak boleh, tetapi apa dia buat? Dia pakai baju dalam aneh untuk menonjolkan diri.

“Aina kena kuat tahan kecaman. Dia kena faham bila masuk bidang seni tak boleh lari daripada dihentam kiri dan kanan.Jangan disebabkan itu, mental Aina jadi koyak hingga tersadai disebabkan mental tak kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Khadijah berkata penerimaan masyarakat terhadap artis tempatan tidak sama seperti di luar negara serta turut menyebut mengenai penyanyi Lady Gaga yang disangka tidak waras di awal kemunculannya.

“Maaf cakap, masa Aina mula-mula keluar tapi tiada yang kenal, jadi dia harus cari cara untuk tonjolkan diri. Tapi, keputusan Aina tampil berbeza berhasil. Ini kerana orang mula ingin tahu siapakah Aina. Lady Gaga dulu pun disangka tidak waras, tapi akhirnya diterima dan gah di seluruh dunia,” katanya.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top