Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo sedia beli rumah Farid Kamil jika benar dilelong selepas mengetahui tentang perkara itu sewaktu dihubungi media.
Memetik laporan dari Berita Harian, David menyatakan dirinya bersedia membeli rumah terbabit jika dilelong memandangkan harga kediaman tersebut sudah naik dua kali ganda dari harga asal.
David Teo sedia beli rumah Farid Kamil, nilai jauh lagi tinggi sekarang
Ujarnya, Farid sepatutnya memberitahu perkara itu kepadanya terlebih dahulu jika mempunyai masalah kerana boleh sahaja dia membeli daripada aktor berkenaan sebagai salah satu bentuk bantuan.
“Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.
“Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.
David Teo sedia beli rumah jika betul Farid perlukan bantuan
Dia juga mengatakan sanggup untuk membeli dengan berapa pun harga yang ditetapkan Farid dan bercadang untuk menjualnya semula.
Difahamkan, aktor filem Bisikan Dosa itu tidak menginapi rumah tersebut dan disewakan kepada bekas pekerjanya.
“Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini,” katanya.
Artikel lain: Tular iklan rumah dipercayai milik Farid Kamil bakal dilelong lebih RM500,000?
Rupanya wang pendahuluan untuk rumah tu hadiah dari David
Dalam pada itu, David memaklumkan yang dia telah membayar wang pendahuluan untuk kediaman tersebut termasuklah kepada kira-kira 30 kakitangan lain sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu.
Jelasanya, walaupun kerap bekerjasama, namun mereka tidak pernah bercerita tentang hal peribadi dan sama sekali tidak tahu jika Farid mempunyai masalah kewangan.
“Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan.
“Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.
“Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya,” katanya lagi.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan tangkapan layar dan keratan akhbar menyatakan sebuah kediaman teres dipercayai milik aktor terkenal bakal dilelong dengan harga bermula RM522,000.
Walau bagaimanapun, Farid Kamil yang merupakan aktor disebut-sebut netizen telah memuat naik hantaran di media sosial untuk menghubungi pengurusnya Azahari Hamid jika mahu mendapatkan sebarang kenyataan.
Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)