Tatkala orang lain sedang sibuk memikirkan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang pelajar dikejutkan dengan berita bapa meninggal dunia sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan pada Selasa.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali cikgu.arenys, bapa kepada Dania, Tengku Mohd Zamani Tengku Hamzah meninggal dunia disaat anaknya menjawab kertas Sejarah pada pagi itu.
Namun, berita duka itu dimaklumkan sebaik sahaja pelajar itu selesai menjawab kesemua kertas Sejarah pada jam 1 tengah hari.
“Ketika peperiksaan kertas Sejarah, terima berita ayah Dania meninggal dunia.
“Cikgu tahan tak beritahu pada dia, habis kertas pukul 1 tengah hari baru beritahu dia.
“Dia rapat dengan ayah dia. Semoga Dania diberi ketabahan,”maklum guru berkenaan di TikTok.
Artikel lain: Mengadu sakit kepala, pelajar cemerlang meninggal dunia, koma sehari sebelum SPM
Dalam video itu, turut memperlihatkan Dania dibawa ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir dan ditenangkan oleh orang ramai.
Maklum guru berkenaan, pelajar tersebut sangat rapat dengan bapanya memandangkan dia satu-satunya anak tunggal, selain berasal daripada keluarga ‘bermasalah’.
“Broken family, anak tunggal, sangat rapat dengan ayahnya. Pagi tadi dia sedang jawab kertas Sejarah, ayahnya meninggal mengejut. Serba tak..
Bapa meninggal dunia
“Semoga Allah beri kekuatan untuk dia (Dania) hadapi peperiksaan besar ini dalam keadaan dia diuji kehilangan orang tersayang,”ujarnya.
Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan kepada adik Dania. Moga diberi kekuatan untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan seterusnya.
Sumber: TikTok cikgu.arenys