Nampaknya, Noor Nabila sudah tidak tahan lagi dengan spekulasi liar netizen yang mendakwa dirinya kembali bersama bekas suami, Sharnaaz Ahmad.
BACA: Jebat Jayden Tak Sabar Nak Jadi Abang, Noor Nabila Minta Sharnaaz Cepat-Cepat Kahwin
Usahawan popular itu tampil bersuara menerusi Instagram Story dengan menegaskan bahawa percutian bersama bukan bermaksud mereka rujuk kembali.
“Netizen jangan tentukan masa depan orang”
![noor nabila](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-rembau.jpeg)
Dalam hantaran yang dibuatnya, Nabila menasihatkan netizen supaya tidak terlalu sibuk mencampuri urusan peribadinya.
Beliau menegaskan bahawa hubungan mereka kini hanyalah demi anak dan tidak lebih dari itu.
Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu elok ini. Kalau korang tahu sangat masa depan, lebih baik korang atur hidup sendiri, bukan nak tentukan hidup orang.
Nabila juga menegaskan bahawa percutian tersebut adalah untuk kebahagiaan anak mereka dan bukan alasan untuk kembali bersama.
Hanya demi kebahagiaan Jebat Jayden
Menurutnya, percutian itu melibatkan lima orang dan mereka menginap dalam satu rumah, bukan sebilik seperti yang didakwa sesetengah netizen.
Beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak terlalu cepat membuat spekulasi tanpa mengetahui kisah sebenar.
Bawa anak bercuti bersama. Kita ni datang bercuti lima orang, duduk serumah bukan sebilik. Jadi tolong jangan nak judgemental sangat, jadilah netizen yang bijak, berpelajaran dan civilised!
Kakak kepada selebriti popular Neelofa ini seakan-akan sudah muak dengan tuduhan tidak berasas netizen.
#ApaKataOhmedia
Jarang nampak Noor Nabila nak layan spekulasi netizen ni kan? Kali ini, Nabila dah jelaskan panjang lebar dan diharapkan netizen berpuas hati. Bercuti bersama bukanlah bermaksud sudah rujuk kan? Mereka membuktikan bahawa co-parenting yang baik boleh dilakukan meskipun pasangan sudah berpisah.
![“Duduk Serumah Bukan Sebilik” – Noor Nabila ‘Holiday’ Berlima, Minta Netizen Jadi Bijak | Oh! Media “Duduk Serumah Bukan Sebilik” – Noor Nabila ‘Holiday’ Berlima, Minta Netizen Jadi Bijak | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-noor-nabila-1000x600.jpg)