Dua Lipa batal konsert di Indonesia, isu pentas tidak selamat

Dua Lipa batal konsert di Indonesia, isu pentas tidak selamat

Jakarta: Dua Lipa membatalkan konsertnya di Indonesia sempena jelajah Asianya, dengan alasan pentas tidak selamat.

Bintang pop berusia 29 tahun itu sepatutnya membuat persembahan di Jakarta pada hari Sabtu tetapi menarik diri malam sebelumnya atas isu keselamatan di Arena Indonesia yang mempunyai 16,500 tempat duduk di ibu negara.

“Saya sedih untuk berkongsi bahawa saya tidak akan dapat membuat persembahan di Jakarta pada Sabtu ini,” tulisnya dalam catatan media sosial lewat Jumaat.

“Saya berada di sini di negara anda yang menakjubkan dan bersedia untuk membuat persembahan, tetapi saya sedih untuk berkongsi bahawa diputuskan bahawa ia tidak selamat untuk persembahan itu diteruskan kerana isu keselamatan dengan pementasan.” katanya.

Dia baru sahaja membuat persembahan di Singapura dan kini akan ke Filipina, Jepun, Taiwan, Malaysia dan Thailand.

“Saya sangat menantikan malam ini, dan sungguh menyakitkan saya kerana kami tidak dapat membuat persembahan untuk anda semua, terutamanya selepas sekian lama sejak persembahan terakhir saya di Jakarta,” katanya.

“Saya sayang kamu semua dan benar-benar tidak sabar untuk kembali bersama dalam ruang yang sama dengan anda menyanyi dan menari, secepat mungkin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top