Dua beranak maut, motosikal dirempuh kereta

Dua beranak maut, motosikal dirempuh kereta

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Berang: Dua beranak maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 13 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris berhampiran Kampung Kepah di sini, hari ini.

Dalam kemalangan berlaku jam 11.55 pagi itu, mangsa, Nursaidatul Aishah Zakari, 36, dan anaknya, Wan Nur Izara Aina Tun Mohd Khairul, 12, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anak Nursaidatul Aishah iaitu Tun Nur Ufaira Afifa, 9, pula cedera parah.

Ketika kejadian, tiga beranak yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego Solariz dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tengkawang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu pelajar berusia 19 tahun dikatakan hilang kawalan semasa melalui selekoh.

Beliau berkata, kenderaan dinaiki lima pelajar yang ketika kejadian itu menghala ke Kuala Berang terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal dinaiki tiga beranak.

“Mayat dua beranak dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top