Dua Anggota Polis Kantoi

Dua Anggota Polis Kantoi

Siapa sangka, serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur pada Sabtu bukan sahaja menemui pengunjung biasa, malah dua anggota polis yang positif dadah.

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu berjaya menahan 55 individu selepas menerima maklumat risikan.

Serbuan berjaya, anggota polis positif dadah jenis eramin 5 dan ketamin…

Menurut Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, serbuan yang dijalankan sekitar jam 4 petang itu berjaya menahan 55 individu, termasuk dua penjawat awam. Hasil pemeriksaan mendapati dua anggota polis terbabit positif dadah jenis eramin 5 dan ketamin.

Seramai 55 individu termasuk dua penjawat awam ditahan ketika operasi terbabit, pemeriksaan turut mendapati dua individu terbabit yang masing-masing lelaki dan wanita itu positif dadah jenis eramin 5 dan ketamin.- Katanya.

Selain itu, empat warga asing turut ditahan selepas didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

49 individu positif dadah…

BACA: Ketua Polis Dan Dua Anggota Ditahan Semasa Berhibur Di Pusat Hiburan, Didapati Positif Dadah

Hasil saringan air kencing mendapati 49 individu, termasuk dua penjawat awam, positif dadah. Daripada jumlah tersebut, 25 lelaki dan 17 wanita disahkan positif, manakala yang lain bebas daripada sebarang bahan terlarang.

Semua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat di bawah beberapa akta, termasuk Seksyen 17 Akta Hiburan 1992 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#ApaKataOhmedia

Kes melibatkan anggota polis yang sepatutnya menjaga undang-undang memang mengecewakan. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan imej pasukan keselamatan negara tidak tercemar. Harapnya, pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan adil dan segera.


Scroll to Top