DSV Belanja Setengah Juta Sebulan Hantar Cik B Belajar Di Sepanyol

DSV Belanja Setengah Juta Sebulan Hantar Cik B Belajar Di Sepanyol

Umum mengetahui, baru-baru ini pempengaruh media sosial, Cik B menyambung pengajian ke Sepanyol. Menurut ibunya, Datuk Seri Vida, Cik B menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej di sana.

Memetik mStar Online, Vida berkata dia mengeluarkan belanja mencecah RM500,000 sebulan selama setahun Cik B belajar di negara berkenaan.

BACA: Cik B Sambung Belajar Ke Sepanyol, DSV Sedih Kena Berpisah

“Cik B sambung belajar di Sepanyol. Ambil tiga jurusan berbeza iaitu Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari. Kos perbelanjaan ya ampun mahal, sekitar RM500,000 sebulan termasuk kos rumah, makan dan minum.

“Cik B sambung belajar selama setahun. Kemudian dia akan sambung pengajian untuk degree,” katanya.

Sementara itu, Vida berkata dia tidak berkira untuk berbelanja besar untuk pendidikan anak, malah memilih penginapan selesa dan selamat untuk Cik B.

“Saya okay untuk habiskan duit untuk pelajaran anak sebab saya nak Cik B jadi orang yang hebat dunia dan akhirat, malah saya pilih Barcelona untuk Cik B sambung belajar sebab tempat cantik, hebat dan pelancong ramai. 

“Lagipun kalau tiada kelas dia nak pergi Paris ke London balik hari pun boleh sebab dekat. Apa yang penting keputusan dia kena terbaiklah,” katanya.

SUMBER: mStar Online 

Scroll to Top