Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah, sekali lagi mencetuskan perhatian selepas berkongsi luahan hatinya di media sosial. Beliau menyatakan rasa kecewa dan tawar hati dengan layanan yang diterima, terutama daripada pihak atasan.
Beliau sebelum ini mendapat perhatian selepas menegur Khairul Aming dan Che Sayang kerana menghasilkan minuman yang manis.
BACA: Doktor Tegur Resepi Air Manis Khairul Aming Bahaya Untuk Kesihatan
âSaya hanya statistik, tidak dihargai orang kayanganâ- Dr Rafidah.
Menerusi satu hantaran, Dr Rafidah meluahkan rasa tidak dihargai, meskipun telah berkhidmat selama 27 tahun dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tapi saya tidak rasa dihargai oleh orang-orang kayangan. Saya hanya dilihat sebagai statistik. Kita diperintah bersikap profesionalisme tapi, mereka tidak perlu pula.
Kenyataan itu menimbulkan tanda tanya, adakah beliau benar-benar akan meninggalkan KKM atau masih mempertimbangkan keputusan tersebut?
âSaya takkan lupakan, takkan maafkanâ
Dalam hantaran sama, Dr Rafidah turut menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan pihak yang bertanggungjawab atas situasi yang dialaminya.
I have served for 27 years in KKM, remember. I donât deserve to be treated this way. You know who you are. I will never forgive you.
Kawan nasihat supaya kekal bertahan dan lawanâŠ
Walaupun sudah tawar hati, ramai yang masih berharap agar Dr Rafidah tidak berundur dan terus memperjuangkan sistem kesihatan yang lebih baik.
