“Dorang tak bercerai lah”- Netizen sahkan Noor Nabila masih sebumbung dengan Engku Emran

“Dorang tak bercerai lah”- Netizen sahkan Noor Nabila masih sebumbung dengan Engku Emran

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai status rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila yang dikatakan sedang bergolak apabila tiada lagi gambar perkahwinannya  bersama Engku Emran di Instagramnya.

Malah, apa yang menghangatkan lagi keadaan, media Indonesia telah membuat spekulasi dengan melaporkan berita bahawa pasangan selebriti tersebut sudah berpisah.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nabila di laman TikToknya, dia telah merakam gelagat anak sulung lelakinya, Jebat Jayden ketika mereka mendirikan solat jemaah bersama.

@noornabila00

Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … ( nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak) #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Perkongsian tersebut ternyata membuka mata orang ramai bahawa Nabila masih sebumbung bersama suaminya dan keadaan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik.

Bukan itu sahaja, netizen turut terhibur dengan gelagat Jebat yang berjaya mencuit hati apabila dia menyedari terdapat kamera yang sedang merakamnya ketika mengerjakan solat.

Sumber: TikTok @noornabila00

Scroll to Top