Domino's perkenal piza 'syiling emas Cina purba'

Domino's perkenal piza 'syiling emas Cina purba'

kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Domino’s Pizza Enterprises Ltd’s (Domino’s) akan melancarkan piza terbaharu dengan kerak piza berbentuk syiling emas Cina purba, yang memberi rasa luar biasa sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Pemasaran Domino’s, Linda Hassan berkata, bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Tahun Baru Cina ialah perayaan yang meraikan kemakmuran dan kesatuan hati dan Golden Treasure Pizza jelas mencerminkan nilai ini.

“Golden Treasure Pizza menetapkan penanda aras baharu dalam sejarah penciptaan piza dengan memperkenalkan kerak piza unik dan inti premium, menjanjikan pengalaman menjamu selera yang sukar dilupakan.

“Piza baharu ini boleh didapati dalam tiga pilihan yang sungguh menyelerakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Golden Salmon Pizza dengan Gold Coin Crust yang ditaburi empingan salmon premium, Golden Prawn Pizza dengan Gold Coin Crust berintikan udang bakar lazat dan Golden Popcorn Chicken Pizza yang ditaburi ayam popcorn empuk.

Gold Coin Crust ini ditaburi dengan keju cheddar merah dan diisi dengan keju mozarela. Ketiga-tiga pilihan piza dilapisi dengan sos berkrim Domino’s yang kaya dengan perisa udang karang, ketulan nanas dan keju mozarela cair untuk menghasilkan keserasian cita rasa yang sempurna.

Bagi mereka yang lebih suka menikmati piza bentuk biasa, Golden Treasure Pizza juga boleh didapati tanpa Gold Coin Crust.

Selain itu, Golden Four Chicken Drummets juga diperkenalkan untuk melengkapi Golden Treasure Pizza dan menjadikan hidangan tambahan sempurna di musim perayaan.

Sajian ini disediakan dalam empat perisa menyelerakan, iaitu perisa Asli, Honey Garlic dengan Bawang Putih Goreng Rangup, Oriental Orange dengan Bijan, dan Gochujang dengan Kepingan Cili Kering.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top