Dolly Dim Sum Sahkan ‘Central Kitchen’ Mereka Mempunyai Sijil Halal | Oh! Media

Dolly Dim Sum Sahkan ‘Central Kitchen’ Mereka Mempunyai Sijil Halal | Oh! Media

Semalam tular tentang isu 5 premis makanan popular tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Perkara tersebut disahkan sendiri oleh JAKIM.

BACA: JAKIM Sahkan 5 Premis Makanan Popular Tidak Mempunyai Sijil Halal Malaysia

Walau bagaimanapun, salah satu dari premis makanan popular itu, Dolly Dim Sum telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Dapur Berpusat’ mereka yang membekalkan bahan-bahan telah menerima Sijil Halal dari JAKIM.

dim sum

Ingin dimaklumkan bahawa Dapur Berpusat (Central Kitchen) kami, yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan kami, telah menerima Sijil Halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1 021-06/2024) pada 1 0gos.

Anda boleh menyemak status halal kami di laman web JAKIM dengan menggunakan 9 digit terakhir: 021-06/2024 (Klik pada Asia Mex, nama/ alamat korporat kami, untuk butiran lanjut).

Selain itu, Dolly Dim Sim juga sedang dalam proses mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan mereka. Buat masa ini mereka telah memiliki sijil halal Dapur Berpusat (Central Kitchen) di mana ia merupakan sebahagian dari langkah penting dalam keseluruhan proses pensijilan.

dim sum

Oleh yang demikian, korang boleh singgah makan di mana-mana cawangan restoran popular ini tanpa sebarang masalah.