Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin bakal disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, tetapi doktor yang merawatnya masih belum dapat mengesahkan sama ada beliau cukup sihat untuk memberi keterangan.
Menurut laporanĀ Harian Metro, doktor yang merawat Ismail Sabri sudah pun dipanggil untuk dirakam keterangan oleh SPRM.
Doktor masih tidak dapat pastikan keadaan Ismail Sabri

Doktor tersebut masih tidak dapat pastikan mengenai tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu walaupun cuti sakitnya akan tamat.
Sekiranya beliau sihat, keterangan percakapan boleh diambil oleh SPRM.
13 akaun bank dibekukan, 36 individu dipanggil SPRM

Siasatan terhadap kes ini semakin berkembang apabila 13 akaun bank telah dibekukan bagi membantu siasatan lanjut.
Setakat ini, 36 individu termasuk empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri telah dirakam percakapan.
SPRM terus melakukan siasatan bagi mengenal pasti lebih banyak maklumat mengenai kes ini.
#ApaKataOhmedia
Bila melibatkan siasatan pihak berkuasa, kita sebagai rakyat perlu elakkan sebarang spekulasi dan biarkan proses perundangan berjalan dengan adil. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut!
