Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya bersuara mengenai hubungan rapatnya dengan selebriti Bella Astilah selepas namanya hangat diperkatakan di media sosial.
Syed Saddiq jawab soalan berkaitan hala tuju hubungan dengan Bella
Memetik laporan dari Sinar Harian, ahli politik muda itu hanya memberikan jawapn ringkasn sewaktu ditanya tentang hala tuju hubungan mereka yang terlihat semakin mesra lebih-lebih lagi setelah masing-masing bertemu keluarga.
“Doakan saya dan Bella.” ujarnya seperti penuh makna.
Artikel lain: Dari Parlimen ke mahkamah, Bella Astillah setia hadir sokong Syed Saddiq
Syed Saddiq minta doakan yang terbaik buatnya dan Bella
Dalam pada itu, Saddiq juga menyatakan yang beliau kini sedang menunggu keputusan mahkamah pada 17 April nanti dan berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya serta Bella Astillah.
Hubungan mereka menjadi perhatian hari ini apabila muncul bersama dalam sebuah acara di Kelantan dengan berpakaian serba hijau.
Sebelum ini, ahli parlimen Muar berkenaan pernah meluahkan rasa kecewa apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan prosiding rayuannya berkaitan isu dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) atas faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang dilaporkan mengalami sakit tekak ketika itu.
Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)