'Doakan kesembuhan Ibnor Riza'

'Doakan kesembuhan Ibnor Riza'

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Anak kepada penyanyi, Ibnor Riza, Putri Norizah berkongsi berita terkini mengenai ayahnya yang kini ditidurkan selepas dilaporkan pengsan dan dirawat di hospital, beberapa hari lalu.

Putri yang memuat naik perkongsian itu menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini turut memohon doa orang ramai buat ayahnya.

“Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesembuhan ayah saya, Ibnor Riza Ibrahim yg kini baru saja ditidurkan.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau zat yang maha menyembuhkan.

“Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain,” tulisnya.

Terdahulu, sahabat Ibnor yang juga penyanyi veteran, Salwa Abd Rahman berkongsi berita mengenai insiden kecemasan membabitkan Ibnor, sehingga dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Dalam perkongsian Salwa, Ibnor dipantau oleh doktor dan dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Harian Metro sebelum ini melaporkan, penyanyi yang popular dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Mimpi Yang Tak Sudah itu disahkan menghidap masalah ‘Vocal Cord Palsy’ yang membuatkannya sukar bercakap selain mengalami bengkak di bahagian leher.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top