Terbaru, warganet ādigemparkanā dengan perkongsian Datoā Sri Siti Nurhaliza berswafo bersama bintang popular Korea Selatan, iaitu Lee Minho. Dengarnya, ramai peminat ācemburuā dan āmakan hatiā!
Bintang popular Korea Selatan, Lee Minho dan penyanyi tersohor negara, Datoā Sri Siti Nurhaliza telah tampil dalam konsert ulang tahun produk jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) iaitu CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International). Konsert yang diberi nama Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th itu telah berlangsung pada 1 Oktober yang lalu bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Bongkar Rahsia Kecantikan Luaran Dan Dalaman Dengan Hanya Minum Minuman Botani
Selepas berlangsungnya konsert tersebut, Datoā Siti telah berkongsi āselfieā nya bersama Lee Minho, aktor kegemaran ramai itu. Perkongsian melalui akaun instagramnya telah berjaya mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang cemburu melihat Datoā Siti berada begitu dekat dengan āoppaā pujaan mereka. Yang penting, Datoā Siti terlihat sangat manis di dalam gambar tersebut. Sehinggakan, ramai yang memuji kecantikan DatoāSiti.
Disebalik kejadian āselfieā
Tambahan itu, Datoā Siti juga telah memuat naik satu lagi perkongsian mengenai ādisebalik kejadian selfieā tersebut. Dia menyatakan bahawa kawalan terhadap Lee Minho sebagai seorang artis antarabangsa pada konsert berkenaan memang ketat dan telah meminta kebenaran Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa iaitu Mr KC Hoe sebelum mengambil āselfieā.
āKena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan Lee Min Ho ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan fotografer official, tapi bila diatas pentas saya taknak lepaskan peluang keemasan ye..berbekalkan keberanian dan hp ditangan, saya tanya Mr KC Hoe .. Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula handphone sayaš¬.. ( takutla bodyguard tak bagi tau!) .. Mr KC pun kata pergi ambil sajaā¦ hahahah .. dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat mat kilau .. hahahah..ā katanya menerusi ruangan kepsyen.
āApalagi peluang keemasan depan mata.. terus saya bagi hint kat Mr KCHoe, sambil senyum kat LMH ajak selfie.. Sekali dia setujula.. terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap! Snap! Snap!hahahaā¦ Oklaa bodyguard tak naik pentas.. Yess!! Misi berjaya..ā tambahnya lagi,
Sebagai penutup untuk kapsyennya itu, Datoā Siti telah mengucapkan terima kasih kepada Cuckoo yang memberikannya peluang keemasan itu.
āTq @cuckoo_official beri kesempatan kepada saya untuk kongsi pentas dengan aktor kegilaan ramai dan duta Cuckoo Antarabangsa.. Tahniah untuk acara semalam ye!!ā
Rakan artis turut meninggalkan komen
āSelfieā perkongsiannya itu telah tular dan mendapat sebanyak 288.730K kesukaan daripada peminat dari dalam dan luar negara. Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis turut meninggalkan komen.
Peminat Datoā Siti juga terlihat sangat āsupportiveā dan teruja dengan perkongsian tersebut. Ada juga yang berseloroh mengusik Datoā Siti.
āTerus viral pic ni international. ramai puji Tokti lawaaaaā
āSaya ada semalam tokti. Rasa mcm konsert dah semalam. Tokti always the bestā
āKirim salam kat dia okay mak iti ā
āKalau Bodybuard Naik rampas fon tokti memang satu stadium pukoi body guard tu.ā
āBerani Lee Min Hoo tolak selfie Siti Nurhaliza . Abg min ho tak kenai hakak lagi . Hmm LMH yg huntung sebenarnya boleh selfie dgn siti nurhaliza hahahahaā
āPssstt.. tokti, mcm tu la kami sitizoners kalau teruja jumpa tokti masa event.. heheheā¦. walau kak zie marah, tehtapppp selfie.. peluang tu.. ampun kak zie ā¦ā
ARTIKEL BERKAITAN: āCantiknya! Dah Macam Barbie Doll Hidup Lah! ā Gambar Datoā Sri Siti Nurhaliza Berbaju Pink Jadi Tumpuan Netizen!
Bak kata salah seorang peminat Datoā Siti, begitulah jua perasaan para peminat kalau dapat āselfieā dengan biduanita negara ini. Pelbagai reaksi di ruangan komen yang telah mencuit hati ramai. Yang penting, rata-rata telah memberikan komen yang positif.
Ā Sumber: Datoā Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!