DJ Kidd Jawab Emma Maembong Ada Dalam Hati

DJ Kidd Jawab Emma Maembong Ada Dalam Hati

Individu yang pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta bersama selebriti, Emma Maembong iaitu DJ Kidd menerima perhatian ramai.

Ia ekoran respons yang ditinggalkan oleh DJ Kidd di ruangan komen menjawab soalan netizen yang bertanya mengenai keberadaan Emma.

Dengan selamba dan seolah tidak berselindung lagi, DJ Kidd menjawab aktres jelita itu berada dalam hatinya.

“Mana Kak Emma,” soal netizen.

“Dalam hati,” jawabnya ringkas.

Meninjau ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang suka dengan jawapan DJ Kidd itu meskipun dipercayai hanya gurauan semata-mata.

Sebelum ini, nama Emma hangat menjadi perbualan ramai yang didakwa sudah berkahwin dengan DJ Kidd selepas tular sebuah foto bercuti bersama seorang jejaka di luar negara.

Artikel Berkaitan: Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Scroll to Top