DJ Kidd Beri Respon Apabila Ditanya Mengenai Emma Maembong Undang Perhatian | Oh! Media

DJ Kidd Beri Respon Apabila Ditanya Mengenai Emma Maembong Undang Perhatian | Oh! Media

Sejak kebelakangan ini, nama DJ Kidd menjadi perhatian netizen apabila dikaitkan dengan pelakon jelita, Emma Maembong. 

Spekulasi semakin hangat apabila tular beberapa gambar percutian mereka di luar negara yang mencetuskan dakwaan bahawa mereka sudah bernikah.

Menerusi satu sesi soal jawab di Tiktok, DJ Kidd akhirnya menjawab persoalan yang diajukan oleh peminat yang bertanya dimanakah Emma.

Jawapan selamba DJ Kidd undang perhatian netizen

Dalam hantaran yang dimuat naik, DJ Kidd membalas pertanyaan netizen dengan bersahaja, seolah-olah tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan yang beredar. 

Walaupun jawapan tersebut kelihatan seperti gurauan, ramai netizen dilihat terhibur dan menganggap ia sebagai tanda hubungan mereka semakin serius.

Namun begitu, Emma Maembong masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Tular dakwaan sudah Emma Maembong dan DJ Kidd sudah bernikah

Sebelum ini, khabar angin mengenai perkahwinan DJ Kidd dan Emma mula tercetus selepas beberapa keping gambar percutian mereka tersebar di media sosial. 

Ramai mula berspekulasi bahawa pasangan ini sudah sah bergelar suami isteri, namun sehingga kini tiada pengesahan rasmi dibuat.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia hiburan, gosip dan spekulasi memang tidak dapat dielakkan. Sebelum mempercayai sesuatu berita, pastikan sumbernya sahih dan elakkan menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Hormati privasi seseorang dan tunggu kenyataan rasmi dari mereka sendiri.


Scroll to Top