Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan video yang dikongsi satu akaun TikTok mengatakan seorang guru wanita telah membuli muridnya memandangkan pelajar terbabit melutut ketika ditegur.
Menurut pengguna TikTok terbabit, kejadian tersebut dikatakan berlaku di SMK Seremban Jaya 2 dan dia meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kejadian dalam video yang tular itu.
Namun, hasutannya yang dilihat sengaja mengapi-apikan situasi itu tidak disokong oleh netizen yang rata-rata menyokong tindakan guru wanita terbabit.
Mendengar apa yang diperkatakan dalam video, dia memarahi pelajarnya disebabkan tindakan remaja berkenaan yang melakukan vandalisme dengan menconteng dinding kelas.
Apa yang dilakukan pelajar itu juga mendapat pujian daripada warganet kerana melutut dan menyentuh kaki guru sebagai tanda meminta maaf diatas apa yang berlaku.
Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet telah menyelar tuduhan buli yang dilemparkan pengguna TikTok itu kepada guru wanita terbabit dan merasakan cara tersebut sama sekali tidak salah.
Mereka juga menyokong apa apa yang dilakukan guru berkenaan kerana mendisiplinkan seseorang haruslah bermula dari alam remaja lagi.
Sumber: TikTok @meshan229