Ditahan bawa pistol tiruan, letak dalam raga motosikal

Ditahan bawa pistol tiruan, letak dalam raga motosikal

hafidzul@hmetro.com.my

Sepang: Penternak lembu ditahan bersama sepucuk pistol tiruan dan empat ‘ball bearing’ yang dipercayai dijadikan peluru di Jalan Lebuh Bukit Puchong, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan berkata, tangkapan dilakukan ketika operasi sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan pihaknya.

“Lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu ditahan untuk pemeriksaan sebelum polis menemui pistol tiruan berwarna hitam berserta sarung yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

“Suspek bekerja sebagai penternak lembu di Pulau Meranti Puchong. Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua kes membabikan dadah dan dua kes kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 di Mahkamah Majistret Sepang esok.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membawa apa-apa senjata api walaupun senjata tiruan kerana ia adalah satu kesalahan undang-undang dan mengundang kegusaran awam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top