Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila Kerajaan umumkan diskaun tol sebanyak 50% untuk dinikmati oleh pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan tahun ini!
Kerajaan bantu ringankan beban rakyat
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Menurutnya, langkah ini diambil untuk meringankan beban rakyat yang pulang ke kampung untuk menyambut perayaan bersama keluarga.
Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma). Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baru Cina bukan diberi tol percuma tetapi diskaun 50 peratus.
Disebabkan itu, Aidilditri dan perayaan lain tahun ini kita akan buat diskaun 50 peratus.
Keputusan dibuat Kerajaan Madani
Untuk pengetahuan korang, kerajaan telah menetapkan keputusan itu dalam mesyuarat Kabinet 24 Januari lepas. Langkah ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan subsidi agar lebih tertumpu kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Semua tol dibiayai oleh kerajaan dan bukan dibiayai syarikat konsesi. Saya berharap rakyat tahu akan perkara ini.
Kalau tol percuma, kita menggunakan lebih RM 100 juta setahun. Jika diskaun 50 peratus, kira-kira RM 80 juta kerajaan akan bayar kepada syarikat konsesi dan penjimatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Alhamdulillah, sedikit sebanyak korang dapat berjimat dalam perjalanan pulang ke kampung nanti.