Disahkan hidap kanser, petani menangis terpaksa jual lembu kesayangan untuk ibadah korban

Disahkan hidap kanser, petani menangis terpaksa jual lembu kesayangan untuk ibadah korban

Disahkan hidap kanser limfoma, seorang petani tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa menjual lembu kesayangannya untuk dijadikan korban bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Video yang dikongsikan menerusi TikTok @afifwahdi01 tular dan memaparkan detik-detik terakhir petani itu bersama lembu yang diberi nama Samad.

Disahkan hidap kanser

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, dia yang dikenali Mohamad Asri Adnan, 55, berkata, dia terpaksa menjual Samad selepas dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.

Mohamad Asri berkata, dia mendapat tahu dirinya menghidap penyakit kanser pada bulan Ramadan lalu.

“Orang kata badan akan menjadi sedikit penat selepas rawatan kemoterapi.
“Jadi saya ambil keputusan untuk jual Samad kerana khuatir ia akan terabai, maklumlah lembu ini besar kena bagi makan banyak iaitu 30 kilogram (kg) hingga 40kg rumput sehari.
“Kalau kita tidak larat bagaimana mahu cari rumput untuk Samad makan. Sedih sebenarnya untuk jual, tiga hari tiga malam saya nangis macam kita bela kucing manja sangat namun tiada pilihan kerana saya sakit,” ujarnya.

Artikel lain: Nak selamatkan anak, wanita patah tulang kaki selepas disondol kerbau terlepas ikatan

Samad, lembu paling istimewa

Tambah petani dari kedah itu, dia memelihara Samad sudah lebih setahun dan ia seekor lembu yang sangat manja selain dua ekor lagi.

Kongsinya, Samad sering bergurau dengan Samad setiap kali mereka meluangkan masa bersama.

“Saya ada tiga lembu tetapi Samad sangat istimewa, dia suka bergurau kadang-kadang acah-acah mahu menanduk, jilat badan saya ketika berpeluh dan banyak lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
“Bila waktu petang Samad keluar saya hanya panggil namanya dan ia akan terus berlari mendapatkan saya. Sekarang sudah tiada… hanya kenangan, mungkin ini yang terbaik,” jelasnya.
@afifwahdi01

🥺🥺#fyp#budakkampung#lembukorban#somad

♬ BROTHER doa perpisahan – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Sumber: TikTok (@afifwahdi01), Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)