Dipuji Tak Merentan Dengan Komen Netizen, Rezza Shah Nafi ‘Jual’ Muka Di CSOIAM

Dipuji Tak Merentan Dengan Komen Netizen, Rezza Shah Nafi ‘Jual’ Muka Di CSOIAM

Peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Rezza Shah tidak mengambil pusing dengan komen netizen terhadap dirinya.

Malah, anak muda yang berbakat sebagai pelakon dan pencipta lagu ini kelihatan positif dengan respons yang diberikan orang ramai terhadap mutu persembahan dan nyanyiannya pada program berkenaan.

Didakwa selalu salah pilih lagu

Menerusi perkongsian sepotong video pendek di platform TikTok, seorang pengguna media sosial tampil menegur bahawa Rezza perlu memilih lagu dengan bijak dan tepat sekaligus tidak hanya bergantung pada raut wajahnya yang tampan sahaja.

Selain itu, individu berkenaan juga menasihatkan agar dia tidak melakukan pergerakan yang tidak sewajarnya ketika melakuakn persemabhan di atas pentas.

“Awak ada suara yang hebat tapi selalu salah pilih lagu termasuklah vocal styling awak. Pergerakan yangtak sepatutnya bila buat performance diatas pentas.

“Awak tak boleh bergantung pada wajah tampan dan tone awak sepanjang masa memandangkan awak punya tone tu berpotensi besar,” komen netizen.

Sedar dengan komen yang diberikan, Rezza mengakui banyak lagi yang perlu diperbaikinya.

Bahkan, dia menganggap mempunyai raut wajah yang tampan merupakan satu bonus untuknya.

“Saya tidak bergantung atau mengharapkan rupa sahaja kerana saya sendiri tak pasti saya ini tampan atau tidak. Atau itu hanya sekadar bonus sahaja.

“Tapi yang saya thu, banyak lagi saya perlu perbaiki , macam awak cakap. Terima kasih,” balasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji tindakan Rezza yang dilihat tidak mudah ‘merentan’ dengan komen yang diberikan terhadapnya pada setiap minggu program tersebut berlangsung.

Sekadar info, hanya lapan peserta CSOIAM yang tinggal iaitu Marygrace, Eylia Guntabid, Mariam, Kai Deva, Zazzleen, Alya Mardien, Jimi dan Rezza Shah bakal bersaing di minggu keempat bertemakan Sinergi Muzik.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

Scroll to Top