Penyanyi hip hop yang juga isteri kepada penyanyi rap, Tuju K-Clique iaitu, Loca B mendakwa ibu mentuanya yang dikenali sebagai Marni adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dalam keluarganya.
Dakwa Loca, masalah ini sudah berlaku didalam keluarganya sejak tiga tahun yang lalu.
Ini termasuklah, menggelar anak mereka gila dan juga mempergunakan dirinya.
Dalam pada itu, Loca atau nama penuhnya, Nabilah Hani Azali mendakwa, ibu mentuanya itu juga sanggup berkomplot untuk mencuri duit hasil kerja kerasnya bersama suami.
Bahkan, lebih mengejutkan, mentuanya itu didakwa sanggup menipu menggunakan nama Tuhan.
Tidak habis disitu, Loca B juga mendakwa ibu mentuanya kurang senang setiap kali dia berbelanja meskipun untuk anaknya sendiri.
Malah, Loca mendakwa dia masih waras untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang tua walaupun pernah dipanggil bodoh.
Paling menyedihkan, usai Anugerah Juara Lagu (AJL) berlangsung, nenek Tuju dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.59 pagi namun, berita tersebut tidak dimaklumkan kepada pelantun lagu Risiko itu.
“Dan di hari AJL, nenek suami saya meninggal pukul 2.59 pagi. Bial ditanya kenapa tak beritahu anak mereka, ibu mentuanya berkata ‘Mami tak contact Along (Tuju) sebab takut diserang’.
” Terus kau buatdia (Tuju) nampak jahat. Pandai. Tidak sebut langsung pada Uwa (panggilan untuk Nenek) terus kamu banggakans ahaja. Kamu mahu apa sebenarnya? Famous? Here, it’is time to shine,” dakwanya.
Justeru, tidak mahu terus ‘dipijak’, Loca B tampil memberi amaran dan tidak mahu foto anak dan suaminya dimuat naik atau dihantar kepada ahli keluarga yang lain sebelum tindakan dan bukti berupa pesanan WhatsApp didedahkan.
Terdahulu, pelantun lagu ‘Gila’ itu berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.