LONDON: Chris Wilde melarang pemain-pemain Middlesbrough bertukar jersi dengan Cristiano Ronaldo atau bintang Manchester United lain di atas padang.
Kelab Liga Kejuaraan itu akan bertandang ke Old Trafford awal pagi esok untuk aksi pusingan keempat Piala FA, dan Wilder mengakui jika menang, ia bukanlah kejutan terbesar buat mereka, namun masih satu kejutan.
Biarpun turun sebagai pasukan bukan pilihan, Wilder berjanji akan menghadirkan tentangan paling sengit sambil menegaskan, mereka datang ke Manchester bukan untuk âmakan anginâ.
âMereka memiliki ramai pemain individu yang hebat yang berpotensi mengecewakan kami, malah telah mengecewakan banyak pasukan di Eropah serta Liga Perdana Inggeris.

âBagaimanapun kami datang bukan untuk melancong. Saya tidak suka situasi bertukar jersi, saya tidak mahu kami datang ke Old Trafford hanya untuk menikmati lawatan.
âKalau mereka mahukan jersi, lakukannya dalam bilik persalinan selepas itu. Kami tidak mahu dilihat terlalu mengagumi lawan, kami adalah pesaing United.
âSaya mahu pemain bermain dengan baik. Membuktikan kehebatan mereka dan menjadikan ia malam yang bahaya untuk Manchester United.
âJika kami bermain dengan baik pasti kami boleh melakukannya. Ia tidak akan menjadi malam yang selesa buat Manchester United. Tidak ada sesiapa mahukan itu, termasuk saya,â kata Wilder yang bakal mendapat sokongan 9,000 penyokong di Old Trafford.
Wilder membimbing Middlesbrough memenangi lapan daripada 12 perlawanan sejak menggantikan Neil Warnock. â AGENSI