Dilaporkan hilang? Balqiesh lari rumah, merajuk tak boleh tukar kursus pengajian

Dilaporkan hilang? Balqiesh lari rumah, merajuk tak boleh tukar kursus pengajian

Seorang remaja perempyan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Penawar pada Khamis lalu kini ditemui dalam keadaan selamat pada petang Sabtu.

Memetik laporan Sinar Harian, Siti Nur Balqiesh Rasid bertindak lari daripada rumahnya dengan membawa satu beg plastik dipercayai mengandungi pakaian.

Artikel lain: Pemandu e-hailing dilaporkan hilang sejak Khamis, maklum hantar penumpang ke Teluk Intan

Dilaporkan hilang?

Difahamkan, remaja berusia 17 tahun itu memberontak kerana tidak boleh tukar kursus pengajian di sebuah kolej lalu nekad lari rumah untuk ‘menenangkan’ diri susulan kecewa kehendaknya tidak dipatuhi.

Dia bagaimaapun, berjaya ditemui orang awam di kedai makan berhampiran sebuah hentian bas di Pasir Gudang pada petang Sabtu.

Menurut bapanya, Rasid Sulaiman, anak sulung empat beradik itu berselisih faham dengan ibunya berkaitan hasratnya mahu menukar kursus pengajian di salah sebuah kolej kemahiran di Tampoi, Johor Bahru serta menafikan dia lari bersama teman lelaki.

“Dia (Siti Nur Balqiesh) dalam proses sambung belajar peringkat diploma dalam bidang kosmetologi, tapi baru-baru ni dia nak tukar kursus kepada kimpalan atau mesin peralatan.
“Pensyarah dia terangkan tidak boleh tukar kursus kerana perlu belajar dari mula balik dan melibatkan kos lain. Isteri saya ada terangkan masalah ini, namun dia tidak boleh terima,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, remaja terbabit yang merupakan pelajar di sebuah kolej kemahiran di Johor Bahru berada dalam keadaan sihat dan baik ketika ditemui.

Alhamdulillah, terima kasih

Dalam pada itu, bapanya turut berterima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan anggota polis bantuan Mohd. Afiq Danial yang telah menjumpai anak perempuannya sebelum menghubungi isterinya.

Pada 19 Julai lalu, Siti Nur Balqiesh dilaporkan hilang selepas dikesan keluar dari rumahnya di Bandar Penawar kira-kira jam 7 malam.

Menurut Hussin, bapa remaja itu membuat laporan polis berhubung kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu di Balai Polis Bandar Penawar pada malam hari kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin), Kosmo! Onlin (Mohd Sharkawi Londing)